APA ITU DEFECT LIABILITY PERIOD?

Ramai lagi rakyat Malaysia yang tak tahu bila dah beli rumah, rumah tu sebenarnya datang dengan waranti untuk apa-apa kerosakan. Waranti ni bermula selepas mendapat kunci rumah baru dan ada tempoh masa yang terhad.

Sudah tertakluk bawah perlindungan undang-undang ihsan Akta Pembangunan Perumahan [atau Housing Development Act (HDA)] tahun 1996. Selain tu, kalau unit tu mempunyai title strata, pembeli akan dapat perlindungan undang-undang di bawah Akta Hakmilik Strata (Strata Title Act) 1985, dan Akta Pengurusan Strata (Strata Management Act) 2013.Tempoh waranti untuk rumah baru dikenali sebagai tempoh liabiliti kecacatan (DEFECT LIABILITY PERIOD).

Pada masa tempoh tu, pemaju kena baiki apa sahaja kerosakan tanpa caj.Di bawah HDA Malaysia, tempoh liabiliti kecatatan ni adalah selama 24 bulan dari tarikh terima kunci. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk check rumah dari setiap sudut dalam tempoh tu, dan report terus pada pemaju. Kalau anda terlambat, abes la nak kene tanggung sume kos nak fix kerosakan yang jumpa lepas dah tamat tempoh.

Jadi, kepada pemilik rumah yang baru dapat kunci tu, tengoklah kiri kanan atas bawah. Ada pecah ke, retak ke, pintu rosak dan sebagainya. Ambil gambar dan hantar report pada developer.Benda boleh claim..kenapa nak bayar sendiri..🙂

Semoga Bermanfaat.

#checkdefect#defectexpert

Next Post

Previous Post

Leave a Reply

© 2022

Theme by Anders Norén